Friday, September 16, 2016

7. MELIHAT DIRI SENDIRI

Kita sering menyalahkan orang lain apabila gagal mendapatkan sesuatu yang kita inginkan. Misalnya jika kita tidak lulus peperiksaan kita akan menyalahkan cikgu kerana mereka mengajar tidak bagus atau jika kita adalah seorang pekerja yang tidak dapat naik pangkat maka kita akan menyalahkan boss kerana tidak adil atau suka kepada pegawai lain.

Sebenarnya selagi kita tidak mahu melihat dan meletakkan kelemahan pada diri kita sendiri akibat kegagalan dalam mencapai sesuatu matlamat maka selama itulah kita tidak akan berjaya dalam perjuangan untuk mencapai sesuatu yang kita idamkan.

Kita sepatutnya mengenal pasti dan mencari jalan bagaimana hendak mengatasi kelemahan yang ada dalam diri kita. Antara kelemahan yang ada pada kita dan perlu kita perbaiki adalah seperti ketiadaan atau kekuranagan pengetahuan, perancangan, strategi, sistem, kawalan, pemantauan, kepimpinan, penilaian, positif komunikasi dan nilai-nilai.

Sekiranya kelemahan-kelemahan ini dapat kita atasi dan sentiasa ingin membuat penambahbaikan diri kita sendiri sudah pasti harapan untuk mencapai kejayaan adalah lebih tinggi.

No comments:

Post a Comment