Tuesday, September 13, 2016

4. KESILAPAN JUGA ADALAH ILMU

Sengaja membuat kesilapan atau tidak bolehlah tanya hati. Hanya diri sendiri dan Tuhan sahaja yang tahu sama ada kita sengaja atau tidak kerana orang lain tidak tahu niat kita yang sebenar.

Soal sengaja biarlah antara seseorang itu dengan Tuhan untuk mengatasinya. Kita tidak perlu bincang di sini.

Apa yang hendak dikongsi bersama ialah kita membuat kesilapan dengan tidak sengaja kerana sememanglah kita manusia tidak pernah sempurna. Setiap masa kita tidak akan dapat lari daripada melakukan kesilapan yang tidak disengajakan.

Kesilapan dalam pelbagai bentuk dan rupa seperti tersilap cakap, makan, make-up, pakai, pilih, cara, strategi, pekerjaan, perniagaan, pelajaran, kawan, pasangan, matlamat, keputusan, penulisan, asuhan, cetak, percubaan, percutian, hobi, ciptaan, petua, prinsip,  pandangan dan sebagainya.

Sebarang kesilapan tersebut tidak perlu kita risau kerana biarlah kesilapan itu hanya sekali bukan berkali-berkali kerana kesilapan berulangkali itu bukan lagi tidak sengaja tetapi memang tindakan sedemikian adalah untuk mencari pasal.

Setelah sekali kita buat silap, eloklah kita fikir semula apakah sebabnya kita boleh tersilap. Daripada jawapan itu kita dapat mengenalpasti punca sebenarnya. Jadikan kesilapan itu sebagai satu pengajaran dan pengalaman berharga.

Bermula dengan kesilapan bertukar menjadi pengajaran dan berubah pula menjadi pengalaman. Itulah dikatakan ilmu kerana ilmu yang kita perolehi tidak semestinya datang daripada guru atau orang lain tetapi juga datang melalui diri kita sendiri.

No comments:

Post a Comment