Friday, September 16, 2016

14. MENEMPUH HALANGAN

Setiap orang ingin menikmati sesuatu yang lebih baik daripada yang dimiliki. Ia harus berusaha untuk memperolehinya. Pastinya setiap yang kita inginkan tidak mudah untuk diperolehi kerana kita sentiasa berdepan dengan banyak halangan.

Terdapat beberapa halangan yang biasa kita hadapi antaranya bahasa. Misalnya jika kita berminat untuk memasarkan produk yang kita keluarkan ke pasaran peringkat antarabangsa melalui internet. Halangan yang kita terpaksa tempuhi ialah masalah bahasa. Jika kita lemah bahasa yang hendak kita gunakan misalnya bahasa Inggeris tentulah kita tidak akan dapat mencapai sepenuhnya apa yang kita sasarkan disebabkan masalah tersebut. Ini menyebabkan peluang untuk mengaut keuntungan menerusi pasaran anarabangsa akan kurang.

Halangan seterusnya adalah dari segi kualiti produk yang kita keluarkan sama ada produk itu merupakan barangan atau perkhdmatan. Jika produk kurang berkualiti tentulah pelanggan tidak mahu membelinya. Misalnya jika kita membuka restoran. Masakan yang kita jual kurang berkualiti seperti tidak sedap, terdedah kepada kotoran atau tidak tahan lama sudah tentu lama kelamaan pelanggan tidak lagi datang dan akhirnya kita akan mengalami kerugian.

Justeru itu jika kita ingin memperolehi sesuatu yang lebih baik maka kita perlulah mengatasi semua halangan walaupun halangan itu sukar untuk diatasi atau mengambil masa yang lama

No comments:

Post a Comment