Friday, September 16, 2016

13. SUKA MENDERMA

Orang tua-tua selalu berkata jika kita suka menderma kita tak akan menjadi papa, atau ada juga yang berkata kalau kita kedekut kita tidaklah kaya sangat. Perkara ini kita perlu percaya bahawa orang yang suka menderma akan ditambahkan rezekinya berkali ganda oleh Tuhan.

Saya pernah bertanya dengan ramai orang yang suka menderma dan ternyata mereka mengatakan bahawa semakin kerap mereka menderma semakin kerap pula rezekinya bertambah dan pertambahan itu pula adalah berkali ganda. Mereka juga menasihatkan saya supaya mengamalkan tabiat suka menderma tetapi tidak boleh ada tujuan untuk mendapat ganjaran kerana jika kita mempunyai tujuan untuk mendapat balasan, itu tidak ikhlas. Apa yang perlu kita lakukan ialah kita menderm,a kerana hendak mengeluarkan sedikit harta atau wang yang kita ada untuk disumbangkan kepada orang-orang yang memerlukan bantuan. Contonhnya kita menderma kepada orang yang berpendapatan kecil yang terpaksa menanggung keluarga yang ramai, menderma kepada masjid, anak-anak yatim dan sebagainya.

Apa yang penting ialah apabila kita menderma kita jangan fikir tentang ganjaran tetapi biasanya ganjaran itu datang dengan sendiri dalam masa yang cepat atau lambat. Justeru itu jika kita dapat ganjaran tersebut, bersyukurlah kita pada Tuhan.

No comments:

Post a Comment