Friday, September 16, 2016

10. MEMENTINGKAN MASA

Masa tidak pernah mungkir janji. Ia terus berjalan tanpa mempedulikan sesiapa. Kita perlu bijak dalam menguruskan masa.

Jika kita adalah seorang pekerja sama ada bekerja dengan kerajaan atau swasta, kita hendaklah memastikan datang dan balik dari kerja berdasarkan masa yang telah ditetapkan. Jangan jadikan dan ciptakan sejuta alasan untuk kita berikan kepada majikan jika kita datang lambat. Kita seharusnya menguruskan masa yang sesuatu dengan mengambil kira persekitaran dan situasi yang kita hadapi. Misalnya jika kita bekerja di Kuala Lumpur dan tinggal di Cheras, kita harus bertolak dari rumah lebih awal supaya sempat sampai sebelum jam 8.00 pagi. Alasan seperti kesesakan jalan raya tidak patut kita gunakan sebagai alasan untuk membenarkan apa yang kita lakukan.

Selain daripada itu kita hendaklah memastikan masa diurus dan diaturkan dengan baik seperti masa makan, masa tidur, masa bermain, masa belajar, masa bekerja, dan masa rehat. Pengurusan masa yang baik menjadikan hidup kita lebih bermakna dan bersistematik.

No comments:

Post a Comment