Tuesday, September 13, 2016

1. KEBIASAAN MENJADI KEBINASAAN

Ada duit, harta, pangkat, kedudukan, kuasa, berpengetahuan, berilmu, berpengalaman, kepandaian, kecerdikan, kebijaksanaan, kecantikan dan sebagainya maka timbullah dalam diri seseorang pula kecenderungan untuk bersifat sombong, ego, riak, takbur, agah, aksyen, tak hairan, tidak peduli, emosional, celupar, mulut laser, mulut berus,mudah melenting, cepat marah, panas baran, dendam, tidak sabar, naik angin, hentam direct, marah atau maki hamun depan orang lain, perli, provoke, tidak kisah, rasa diri semuanya betul, hebat dan sebagainya. 

Walau pun ada yang berkata biasalah tu, tapi kecenderungan tersebut boleh berubah menjadi  kebiasaan dan jika tidak dikawal akhirnya kebiasaan itu akan menjadi kebinasaan kepada kita pula. Kebinasaan bukanlah bermakna diri kita musnah seperti harta benda yang musnah atau hancur dan lenyap tetapi binasanya adalah dari segi reputasi, imej, pandangan, tanggapan, penilaian dan perasaan orang lain terhadap kita.

Apa jua yang kita miliki tidak salah tetapi yang menjadikan kita silap disebabkan kita gagal mengawal sikap negatif itu sehingga menjadi kebiasaan. Tindakan kita mengawal atau menghapuskannya adalah lebih baik walaupun tidak mudah. Kejayaan kita mengawalnya boleh membantu kita melahirkan reputasi positif ke atas diri kita.

No comments:

Post a Comment